Monday 16 November 2015

Ketawa Bersama Menangis Bersama

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

Dah masuk semester kedua dah Aku belajar dalam program Asasi Sains Pertanian di UPM. Maksudnya dah dekat 6 bulan kita tak bertegur sapa. Bukanlah betul-betul 6 bulan tempohnya.. ada la juga di celah-celah 6 bulan tu kita bercakap sekali dua tapi Aku tak rasa itu perbualan sebagai SAHABAT. 

Sahabat.

Ya. Kita dulu sahabat. Orang selalu ungkapkan kata-kata "Kau lah sahabat aku. Kita susah senang bersama. Kau selalu ada dengan aku" kepada sahabat masing-masing.
Tapi tak tahu kenapa..walaupun kita tak pernah cakap macam tu antara satu sama lain, tapi, itu lah kita. 

Wahai Sahabat,
Aku ingat lagi. Kita berdua, bersama dengan seorang lagi sahabat kita, pernah menangis bersama di satu sudut di dalam kelas tahun lepas. Waktu tu semua orang dah balik. Tinggal kita sahaja di situ. Menangis macam isteri kematian suami  padahal hanya aku dan sahabat kita tu sahaja yang membuat kesilapan besar terhadap Allah yang Maha Esa, bukannya kau. Tapi kau menangis seolah-olah kau betul-betul dapat merasai penyesalan kami pada ketika itu. Itulah kali pertama aku sedar bahawa ungkapan "Ketawa bersama, Menangis bersama" itu memang wujud.

Tapi sekarang? Di mana Sahabat Aku menghilang? Hubungan kita jadi dingin tanpa sebab.. Kau kata aku yang salah. Tapi aku rasa kau yang salah. Kau yang bertindak untuk jauhkan diri daripada kami. Mungkin betul, kadang-kadang aku tak faham apa yang kau harapkan tapi aku pun manusia biasa.
Kadang-kadang diri sendiri pun aku tak dapat faham, apatah lagi nak faham kau. Maafkan aku Sahabat.

Aku rindu Sahabat Aku.




No comments:

Post a Comment