Wednesday 16 December 2015

Nak tahu fakta?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

Sepatutnya Pearl ada lagi satu post untuk sempurnakan tugas yang diarahkan oleh Kak Anis selaku Demonstrator subjek Sains Komputer. Jadi, disebabkan Pearl tak tahu nak cerita tentang apa kali ni. Pearl akan bagi senarai 20 fakta tentang diri Pearl sendiri yang pernah Pearl post di Instagram sebelum ni. Hehe.

^_^

*20 Fakta*
  1. Pearl ada tiga kampung yang berbeza. Satu di Terengganu. Dua di Kelantan. Yang sebelah Mama memang berasal dari Kelantan. Yang sebelah Daddy ada dua;Terengganu dan Kelantan sebab Tok Ayah dengan Tok Mek dah berpisah sejak Daddy berusia 3 tahun.
  2. Pearl sukaaaaaaaa sangat-sangat dengan kucing. Dulu pernah berangan nak buka Rumah Perlindungan Kucing. Angan-angan tu..hurm..hold dulu.
  3. Pearl seorang yang paling bising di rumah tapi lebih suka diamkan diri di Sekolah/Universiti. Kawan-kawan rapat sahaja yang tahu 'kegilaan' Pearl.
  4. Anak yang manja dimanjakan dalam family sebab satu-satunya anak perempuan dan dikelilingi tiga orang bodyguard kecil.
  5. Suka peluk orang dan suka dipeluk ((Aip Aip dengan kawan-kawan rapat sahaja ye))
  6. Selalu dan suka pendam masalah. Lagi selesa berdiam diri daripada bersuara.
  7. Pearl tak suka dipujuk terutamanya waktu tengah nangis sebab nanti rasa terharu dengan pujukan, lepas tu lagi susah nak berhenti nangis. Lagi suka menangis seorang diri :'(
  8. Penakut gilaaaa tapi suka sangat tengok cerita hantu >.<
  9. Suka sangat sangat sangat menyanyi, menari, buat 'set penggambaran' sendiri dalam bilik.
  10. Pearl ada tiga atuk, enam nenek. Dua atuk kandung, seorang atuk tiri, dua nenek kandung, empat nenek tiri.
  11. Pearl tak tahu langsung nak bagi nasihat. Kalau kawan ada masalah, mampu mendengar sahaja. Huhu maaf lah wahai temanku~
  12. Dalam banyak-banyak kerja rumah, kerja menggosok baju, tudung, apa-apa sahaja yang paling malas nak buat.
  13. Tak suka apa-apa yang berkaitan dengan durian kecuali ikan patin masak tempoyak. Haaaa yang satu tu memang antara salah satu lauk kegemaran.
  14. Paling tak suka subjek Sejarah dan Biologi >.<
  15. Masa zaman SPM dulu, paling suka subjek Matematik, Matematik Tambahan dan Kimia. Sekarang? Hurm tak tahu lah.
  16. Pearl nak habiskan Asasi cepat-cepat !! 
  17. Teringin sangat nak jadi Doktor Haiwan atau Doktor Perubatan tapi Biologi hurm..
  18. Mama tak bagi Pearl kahwin dengan orang Kelantan sebab dia kata nanti tak berkembang sebab asyik balik kampung sama. Haha
  19. Kalau orang suruh pilih antara bunga dengan coklat, Pearl nak coklat <3
  20. Dah berpunya. Kbye.
Sebelum Pearl akhiri post ni, Pearl nak tinggalkan lagu yang berjudul Love Yourself nyanyian Justin Bieber untuk kalian semuaaaaa :)







Sunday 6 December 2015

Ketawa. Semula.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

Hari ini dan semalam, Pearl luangkan masa di Melaka iaitu di rumah arwah ayah saudara Pearl yang meninggal lebih dua minggu yang lepas. Kami sekeluarga termauk nenek Pearl sama-sama mengemas barang-barang untuk dipindahkan di Kelantan. Su tak sanggup nak tinggal di rumah tu sebab selalu terbayang-bayang arwah Paksu.

Bukan sahaja Su, aku pun boleh rasa seolah-olah arwah masih ada lagi di rumah tu waktu nak kemas baju-baju arwah.

Apa-apa pun..
Apa yang aku bersyukur sangat, walaupun kami mengemas barang-barang arwah, dan dalam proses nak kosongkan rumah yang banyak kenangan bersama arwah, aku senyum melihat gelagat sepupu-sepupuku yang sudah boleh bergelak ketawa dengan kami. Ada sahaja peristiwa yang mencuit hati kami sewaktu kerja-kerja mengemas tu. Aku pula sentiasa mencuba untuk buat sepupu perempuanku iaitu anak arwah yang sulong itu supaya dia ketawa.

Alhamdulillah
Walaupun arwah sudah tiada, aku yakin arwah akan tersenyum melihat kami 'di bawah'.
Semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat yang Maha Esa.
In shaa Allah.

Wednesday 2 December 2015

"Bila Abah nak bangun?"

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

"Bila Abah nak bangun?"

"Kenapa orang balut Abah macam tu?"

"Kenapa orang letak Abah dalam tanah?"

"Kenapa Abah tidur lama sangat?"

Hari ni Pearl nak tanya kalian semua. Apa kalian akan jawab kalau seorang anak kecil lelaki yang  baru berusia 4 tahun, bertanya tentang Abahnya yang telah meninggal dunia? Meninggalkan dia buat selama-lamanya?

Pearl nak beritahu yang Pearl baru sahaja menghadapi situasi macam ni dua minggu lepas apabila Pearl diberitahu oleh Mama yang PakSu, ayah saudara Pearl telah meninggal dunia. Masa tu,.. Pearl terkejut sangat sampai tak boleh nak bagi reaksi apa-apa. Menangis pun tak. Bercakap pun tak.

Speechless.

Pearl cuma mampu kemas barang-barang peribadi untuk dibawa pulang ke kampung dengan segera. Arwah meninggal pada pukul 4 petang dan kami sekeluarga bertolak pulang ke Kelantan pada pukul 9.30 malam untuk kebumikan jenazah arwah di sana. Masa tu.. sepupu Pearl iaitu anak sulong perempuan arwah yang baru selesai menduduki Peperiksaan PT3 pada tahun ini, berada di dalam van jenazah sepanjang perjalanan ke Kelantan bersama ibunya, Su. Manakala anak kedua dan ketiga(bongsu), kedua-duanya anak lelaki itu bersama dengan Pearl dan adik-adik dalam kereta ayah yang mengekori van jenazah.

Si kecil bongsu tu 'melekat' dengan Pearl sepanjang perjalanan. Masih petah berkata-kata. Masih tidak faham dengan situasi ketika itu.
  
****
Subuh. Kami belum sampai di destinasi kami. Berhenti di sebuah masjid di Paloh(kalau tak silap) untuk menyahut seruan Ilahi. Usai solat, Pearl sengaja nak uji si bongsu tu.  
Pearl tanya dia "Siapa dalam van tu?" sambil tunjuk ke arah van jenazah.

Dia jawab "Abah"
"Kenapa dengan Abah?" 
"Abah dah meninggal."
Kalau kita dengar anak kecil jawab macam tu, ingatkan dia faham kan? Tapi tak. Seperti anak kecil yang lain, dia berkejaran dengan adik-adik Pearl.

****
"Kenapa orang balut Abah macam tu?" 
Soal si bongsu apabila jenazah dibawa naik ke dalam rumah dan dibuka kain di wajahnya untuk tatapan kali terakhir buat ahli keluarga. Setiap kali si kecil tu bertanya soalan, Pearl langsung tak mampu menahan diri daripada mengalirkan air mata.

****
"Kenapa orang letak Abah dalam tanah? Kenapa orang letak Abah dalam kotak(keranda)? Macam mana Abah nak keluar?"
Kami sekeluarga hanya mampu menjawab "Abah nak pergi jumpa ALLAH SWT. Allah dah panggil Abah balik. Allah rindu Abah."

****
"Bila Abah nak balik?"
"Abah dah tak balik dah. Abah pergi Syurga. Dia pergi jumpa Allah. Abah tunggu Adik kat Syurga."

Sabarlah anak kecil.