Wednesday 2 December 2015

"Bila Abah nak bangun?"

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

"Bila Abah nak bangun?"

"Kenapa orang balut Abah macam tu?"

"Kenapa orang letak Abah dalam tanah?"

"Kenapa Abah tidur lama sangat?"

Hari ni Pearl nak tanya kalian semua. Apa kalian akan jawab kalau seorang anak kecil lelaki yang  baru berusia 4 tahun, bertanya tentang Abahnya yang telah meninggal dunia? Meninggalkan dia buat selama-lamanya?

Pearl nak beritahu yang Pearl baru sahaja menghadapi situasi macam ni dua minggu lepas apabila Pearl diberitahu oleh Mama yang PakSu, ayah saudara Pearl telah meninggal dunia. Masa tu,.. Pearl terkejut sangat sampai tak boleh nak bagi reaksi apa-apa. Menangis pun tak. Bercakap pun tak.

Speechless.

Pearl cuma mampu kemas barang-barang peribadi untuk dibawa pulang ke kampung dengan segera. Arwah meninggal pada pukul 4 petang dan kami sekeluarga bertolak pulang ke Kelantan pada pukul 9.30 malam untuk kebumikan jenazah arwah di sana. Masa tu.. sepupu Pearl iaitu anak sulong perempuan arwah yang baru selesai menduduki Peperiksaan PT3 pada tahun ini, berada di dalam van jenazah sepanjang perjalanan ke Kelantan bersama ibunya, Su. Manakala anak kedua dan ketiga(bongsu), kedua-duanya anak lelaki itu bersama dengan Pearl dan adik-adik dalam kereta ayah yang mengekori van jenazah.

Si kecil bongsu tu 'melekat' dengan Pearl sepanjang perjalanan. Masih petah berkata-kata. Masih tidak faham dengan situasi ketika itu.
  
****
Subuh. Kami belum sampai di destinasi kami. Berhenti di sebuah masjid di Paloh(kalau tak silap) untuk menyahut seruan Ilahi. Usai solat, Pearl sengaja nak uji si bongsu tu.  
Pearl tanya dia "Siapa dalam van tu?" sambil tunjuk ke arah van jenazah.

Dia jawab "Abah"
"Kenapa dengan Abah?" 
"Abah dah meninggal."
Kalau kita dengar anak kecil jawab macam tu, ingatkan dia faham kan? Tapi tak. Seperti anak kecil yang lain, dia berkejaran dengan adik-adik Pearl.

****
"Kenapa orang balut Abah macam tu?" 
Soal si bongsu apabila jenazah dibawa naik ke dalam rumah dan dibuka kain di wajahnya untuk tatapan kali terakhir buat ahli keluarga. Setiap kali si kecil tu bertanya soalan, Pearl langsung tak mampu menahan diri daripada mengalirkan air mata.

****
"Kenapa orang letak Abah dalam tanah? Kenapa orang letak Abah dalam kotak(keranda)? Macam mana Abah nak keluar?"
Kami sekeluarga hanya mampu menjawab "Abah nak pergi jumpa ALLAH SWT. Allah dah panggil Abah balik. Allah rindu Abah."

****
"Bila Abah nak balik?"
"Abah dah tak balik dah. Abah pergi Syurga. Dia pergi jumpa Allah. Abah tunggu Adik kat Syurga."

Sabarlah anak kecil.

No comments:

Post a Comment