Sunday 6 December 2015

Ketawa. Semula.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

Hari ini dan semalam, Pearl luangkan masa di Melaka iaitu di rumah arwah ayah saudara Pearl yang meninggal lebih dua minggu yang lepas. Kami sekeluarga termauk nenek Pearl sama-sama mengemas barang-barang untuk dipindahkan di Kelantan. Su tak sanggup nak tinggal di rumah tu sebab selalu terbayang-bayang arwah Paksu.

Bukan sahaja Su, aku pun boleh rasa seolah-olah arwah masih ada lagi di rumah tu waktu nak kemas baju-baju arwah.

Apa-apa pun..
Apa yang aku bersyukur sangat, walaupun kami mengemas barang-barang arwah, dan dalam proses nak kosongkan rumah yang banyak kenangan bersama arwah, aku senyum melihat gelagat sepupu-sepupuku yang sudah boleh bergelak ketawa dengan kami. Ada sahaja peristiwa yang mencuit hati kami sewaktu kerja-kerja mengemas tu. Aku pula sentiasa mencuba untuk buat sepupu perempuanku iaitu anak arwah yang sulong itu supaya dia ketawa.

Alhamdulillah
Walaupun arwah sudah tiada, aku yakin arwah akan tersenyum melihat kami 'di bawah'.
Semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat yang Maha Esa.
In shaa Allah.

No comments:

Post a Comment